Halal International Selangor

AHO-Logo

Authorised HIS Operator (“AHO”)

Authorised Halal International Selangor Operator (”Authorised HIS Operator”) (“AHO”) adalah konsep yang diperkenalkan oleh Halal International Selangor dengan sokongan Jawatankuasa Tetap Pengguna dan Industri Halal Selangor.

AHO merujuk kepada pengusaha-pengusaha yang terlibat dalam Industri Halal termasuk pembekal, pembeli, peniaga, penyedia perkhidmatan, pengilang, pengimport / pengeksport yang berada di sepanjang rantaian bekalan perdagangan dalam negara dan antarabangsa yang telah mencapai pematuhan piawaian Halal yang diperlukan dan diakreditasi oleh ahli Lembaga AHO.

Objektif AHO

Menarik minat pelabur Halal antarabangsa untuk di negeri Selangor dengan kemudahan yang disediakan kepada ahli-ahli AHO sebagai pemudahcara.

Menggalakkan lebih banyak pemain industri halal tempatan untuk menembusi pasaran global.

Menjadikan Selangor sebagai pusat ekonomi Halal global yang menawarkan produk dan perkhidmatan pusat sehenti Halal.

Meransang ekonomi Halal dengan meningkatkan keyakinan pengguna melalui jaminan toyyiban dan integriti yang diterapkan di dalam AHO.

Mesra perniagaan dan lebih sistematik.

Konsep

AHO menyediakan platform pusat setempat (”One Stop Centre”) bertujuan memangkin ekosistem Halal melalui pemerkasaan platform pendigitilan sedia ada (seperti Integrated muslim Friendly Affiliated Network (”IMFAN), HALALSEL) dan juga yang akan dibangunkan (seperti Halal Integrated Trade System (”HITS”).

Manfaat Kepada Ahli-Ahli AHO

Khidmat Nasihat – Perkhidmatan Khidmat Sehenti

Peluang Rangkaian Perniagaan

Pusat Maklumat Perniagaan

Padanan Perniagaan

Maklumat terkini mengenai polisi-polisi semasa Kerajaan, Insentif dan prosedur dan perkembangan semasa industri khususnya di negeri Selangor

e-Pengiklanan: Promosi produk/servis, pekerja mahir Halal (Talent Pool/Professionals)

Penyenaraian percuma profil syarikat dalam AHO

Peluang perniagaan melalui HIS Digital Platform (IMFAN dan HalalSel, HITS)

Latihan kepada individu dan kakitangan AHO

Carian fasiliti, perkhidmatan, pembekal ramuan, pembekal Halal dan tariff Kastam

Direktori pemain-pemain industri Halal

Certificate of Origin (”COO”)

Kriteria bagi pendaftaran sebagai ahli AHO

Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM)

Produk/Barang/Kargo/ Perkhidmatan Yang Disahkan Halal oleh JAKIM/JAIS atau mana-mana JAIN; dan

Analisis Mudarat dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) dan/atau Amalan Pengilangan Baik (GMP); atau

Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MESTI).

Struktur syarikat dan berbayar

  • Syarikat tempatan yang diperbadankan dengan modal berbayar minimum RM2.00 dan
  • Minimum seorang pengarah tempatan dan
  • Minimum seorang Eksekutif Halal dan/atau seorang kakitangan Muslim.

Diperbadankan tempatan

  • Syarikat tempatan yang diperbadankan dengan modal berbayar minimum RM100,000.00 dan ke atas dan
  • Minimum dua pengarah tempatan meliputi seorang Muslim.
  • Minimum dua eksekutif Halal dan 20% kakitangan jumlah tenaga kerja beragama Islam.

 

Syarikat Milik Asing

  • Syarikat milik asing dengan modal berbayar minimum RM250,000.00 dan ke atas dan
  • Minimum dua pengarah tempatan dengan seorang Muslim dan
  • Minimum dua Halal Eksekutif dan 20% daripada jumlah tenaga kerja beragama Islam.

 

Program AHO ini terbuka kepada

Kaedah pendaftaran AHO